camat datg

Saturday, 4 February 2012

basikal vs tafsir al quran ?




assalamualaikum . >.< 
bestnye hrini dapat update blog . wlaupun curi-curi online je nih .. kikiki ..em, xde pape nak buat . em , google gamba basikal fixie .. em ,, hah ! sape tak tak nampak yg kat bawh tu basikal ? haaa , meh la sni sye korek bijik mata anda .. HAHAHA . emmm ,  29.2 ni nak mntak ape ek ...

emmm ,
xyah laaaa... lupekan je la ... xyah mintak ape2 kat sape2 .. sape lah aq .. biarlah aq sambut tarikh 29.2 sorang . yang penting aq happy ade tarikh tu , wlpn ianya muncul hnye 4 taon skali ...
basikal fx ? emm , dah lame mengidam basikal nie .. teriiiinginnn sangt nak memiliki basikal fxie  .. emm , tp xpelah . basikal tu maaahaaal . mahal . MAHAL . M A H A L . so, kesimpulannya, biarlah aq telan impian aq smpai kebuluran .. :'( ... nt sian kat mak kan . basikal tu 60o . xkan lah aq ni kejam sngt nak basikal tu ntk kepentngan aq  ...  em , fixie oh fixie .. mungkin aq xkan pernah memiliki engkau fixie ... xpe , dpt tengok engkau kat kedai basikal jd la .... ape tu ? ape tuu ? haa , nak menjamu mate lah katekan ... 




















daripada aku mengidam fixie , baik aku mengidam nak memiliki tafsir al quran . alaaa , xtau ke yg mane satu tfsir al quran ? alaaa , yang kecik molek tu .. yang berzip tu .. yang ade makna al quran tu ... murah pun murah . xmembazir kan drp membeli basikal fixie ... dengan quran kecik molek tu , leh la aq bwk kemane-mane . menghafaz . ... kan2 ? dapt jugak syafaat di akhirat kelak ...   :')







alamak dah jatuh hati la plak kat tafsir al quran wane pink tu ... nantilah , lau aq ade duet, aq beli engkau ye ... wait 4 me ... 



nanti kat kubur aku , engkau teman aq ye ... terangilah qubur ku dngn keindahan cahaymu ... 

Saturday, 14 January 2012

AKU TERSEPIT !!!!


1 .  hati terasa berat tatkala memikirkan madrasah baru yang bakal aku melangkah pergi ke situ . bukan hati tidak mahu perrgi , cuma terasa berat meninggalkan keluarga . meninggalkan ayah yang sakit , emak yang penat , umi dan abah . siapa lagi yang mahu membantu emak mengemas rumah kalau bukan aku . siapa mahu melihat ayah yang terbiar sakit di rumah ? . siapa yang mahu menjenguk umi dan abah jikalau aku sudah jauh beribu tapak .

2 .  pening bila aku memikirkan dari pelbagai sudut . memikirkan keluarga . keadaan kawan2 di sekolah baru . suasana sekolah baru . aku tidak bijak tp aku di kelilingi sahabat2 yang bijak . malu tuhan sahaja yang tahu .

3 . ustaz zubir cakap , bahasa arab tingga tu , tahap kesusahannye sama macam belajo aDDmath . T____T .
ustaz suruh buat iskharah sama ada betol ke jalan yang aku pilih nie .

4 . aku tak sempat nak beristikharah sebab semua insan kesayangan aku nak aku pergi cepat2 kat madrasah baru tu . semua orang suka aku pergi . aku pun seronok sebab nak duduk kat dalam penjara tu kan ?! :'( .... balik pun sebulan sekali . memang bez dan bahagia dan seronokkan ?!! ;( .
  

5 . aku takde semangat sebab takda yang nak bagi semangat kat aku .


6 . aku nak belajar bahasa arab tinggi ,, tapi ,, ade ke yang bagi aku semangat setelah semangat aku jatuh ?


7 . ya Allah , betol ke jalan yang aku pilih nie ??? ! T__T ...

Sunday, 13 November 2011

...kadangkala kita perlu menangis untuk menghargai saat bahagia...dan...kadangkala kita perlu bergembira bagi setitis air mata...



amat mudah menyakiti hati seseorang walaupun tanpa sengaja. tetapi,  bukan mudah untuk memujuk hati yang pasti sarat dengan kekecewaan dan kesedihan.  begitulah yang terjadi kepadaku.  aku sudah tidak mampu merayu dan meminta simpati supaya insan yang sangat aku sayangi memaafkan kesalahanku.  mungkin aku terlalu jahat sehinggakan kesalahanku tidak boleh diberi peluang untuk berubah.  aku bukanlah malaikat.  aku redha ya Allah. jadikanlah aku seorang yang redha.


 ya Allah, Engkau lembutkanlah hati insan yang sangat kusayangi supaya dia tidak menjauhi aku. Engkau lembutkanlah hati dia supaya menyayangi aku seperti suatu masa dahulu.  Engkau bukakanlah pintu hatinya supaya dapat menerima aku seperti dahulu.  Engkau bukakanlah matanya supaya dia sedar apa yang telah dilakukannya adalah salah.  aku bukanlah tuhan untuk berkuasa ke atas sesuatu.  oleh itu,  Engkau bantulah aku.  ya Allah,  aku tidak mampu untuk meratap lagi ya Allah.  tiada tempat untukku mengadu selain Engkau.  Engkau sahajalh yang setia mendengar tangisanku.  


jika aku di beri peluang unuk kali kedua,  aku tidak akan pernah mensia-siakan waktu yang ada bersama insan itu.  segala kesalahan dan kelemahan yangku ada pasti aku betulkan.  tapi,  janganlah terlalu mencari yang sempurna.  jika perkara itu yang insan itu cari selama ini nescaya,  yang sempurna itu tidak akan kita jumpa.  terimalah aku seadanya.  biarlah kehadiranku di senangi.



  Engkau tahanlah butiran bening daripada terus mengalir dari mataku.  mataku sudah cukup lebam.  hatiku juga sudah cukup merana.  suaraku sudah tiada untuk merayu.  kepalaku juga sudah cukup berat dan menunggu masa untuk pecah.  ya Allah,  hanya engkau yang mengetahui betapa peritnya hati ini diuji.  ya Allah,  terima kasih kerana hadir di hatiku di saat hatiku memerlukan kekuatan.  Engaku sahajalah yang berhak berkongsi masalahku.  biarlah mereka tidak tahu apa yang sedang aku hadapi.  ya Allah,  jika kehadiranku dalam kehidupan ini membawa masalah atau tidak menyenangkan bagi mereka,  Engkau ambillah nyawaku. biarlah tiada yang sakit dan merana melihat kehadiranku.  tetapi,  sebelum itu,  Engkau kentalkanlah iman ku.  biarlah bekalanku cukup untuk di bawa ke negeri yang kekal.  ukhrawi.




Maksudnya:


Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.





Di saat hari melabuhkan tirainya
Di kala itulah setiap insan menginjaknya usia

Di saat itu kematian semakin menghampiri jiwa

Di kala itu dunia semakin meninggalkan manusia



Betapa ruginya bagi insan yang meningkatnya usia

Namun amalannya tidak pula bertambah juga
Sedangkan hakikat dunia adalah hanya sementara
Akhirat itulah tempat yang kekal selama-lamanya


Mencari kesenangan didunia semata-mata
Kesenangan akhirat dilupakan saja
Hakikat kesenangan dunia itu hanyalah sementara
Adakah jiwa ingin kekal dalam azab seksaNya di akhirat sana?


Malam yang sunyi dan sepi
Sedangkan manusia tidur dalam buaian mimpi
Mimpi yang indah namun sekadar rekaan sendiri
Bukannya seperti akhirat yang bakal menjadi realiti
Betapa untung sang musafir dunia ini
Sesiapa yang tersentak bangun pergi membasuh diri
Untuk bersimpuh menghadap kebesaran Ilahi
Semakin terasa lemahnya lutut bila berdiri
Bukan kerana kemalasannya jiwa dan juga hati
Namun hakikat taqwa mulai menyeliputi diri
Sedu-sedan tangisan seorang insani
Terasa lemah serta hina sekali dihadapan Ilahi


Ya Allah Ya Tuhanku...
Engkau terima jua mendekatiku
Kubersimpuh di bawah duli kebesaranMu
Hambamu ini tidak tahu malah kehilangan pasti
Bagaimanakah penerimaanMu terhadap amalanku nanti
Dengarlah pengaduan hamba yang hina dina ini
Yang penuh dosa dan noda didalam diri


Ya Allah Ya Tuhanku...
Dalam wahyu yang Engkau nuzulkan
Kau berjanji menerima pengaduanku dalam kehidupan
Engkau berjanji untuk sedia menerima rintihan dan rayuan
Dan Engkau juga sudi memberi keampunan bagi yang membuat permohonan
Oleh itu, ampunkanlah daku diatas segala kesilapan dan kesalahan..
Dan ampunkanlah daku atas segala dosa kemaksiatan dan kemungkaran
Titisan air mata terus mengalir menjadi satu kesaksian
Rintihan dan munajatku tanda diriku penuh kelemahan






Hanya Engkaulah yang Maha Berkuasa dalam seluruh kehidupan

Hadirnya jiwa di kala ini menginsafi segala kekhilafan

Kubersimpuh menghadapMu memohon keampunan dan keredhaan

Hanya mengharap keampunan dan keredhaanMu, ya Tuhan
Hatiku mengadu dengan penuh keikhlasan
Kerana diriku adalah hambaMu dan Engkaulah Tuhan Sekalian 'Alam.








.:: meminta ::.




Kita sering meminta kepadaNya,


Tetapi, apabila telah ditunjukkan,


Kita sendiri yang mensia-siakannya,


Jawapan Allah tidak kita dengar,


Jalan yang ditunjukiNya tidak kita ikuti,


Teladan yang ditetapkan kita pinggirkan,


Kenapa?

Mengapa?

Sebabnya?


“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”

Ar-Rahman : 13



Friday, 11 November 2011






“ya Allah  sesungguhnya hanya kau yang maha mengetahui isi hati ini..diriku sedar adakala tindakanku sering menyakiti hati-hati insan di sekelilingku..namun hakikatnya tidak pernah terlintas di hati dan mindaku untuk melakukan hal seperti itu..bukan maksudku untuk melukakan hati mereka dengan mengecewakan perasaan dan harapan yang telah mereka bina terhadapku..




akhir kalam,  sampaikan salam ribuan kemaafan diriku  di hati insan ini..kerana sesungguhnya diri ku telah banyak menyakiti hatinya...dan beritahu insan ini bahawa aku saaangat menyayangi dirinya....maafkan daku wahai ummi sayang...........”



Kita bertanya : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

AL - QUR'AN menjawab “Dan mintalah pertolongan (kepada 
iiAllah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
 - Surah Al-Baqarah ayat 45







semoga ukhuwah ini kekal sehingga ke syurga firdausi ..... 

~ * bukaN mudah ! * ~







ya Allah ,,tabahkan hati hambamu ini .. bantulah hatiku untuk menghadapi setiap jaluran mehnahMu yang mencabar keimananku terhadapMu









Tidak mudah tersenyum ketika hati menangis dan tehiris,,



Tapi akan terasa indah ketika kita menyedari itu adalah sebahagian dari kasih Ilahi,,

Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita.. 





Tidak mudah bangkit dalam keadaan yang lemah,,

Tapi akan terasa indah ketika kita menyedari bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya,,Agar kita sentiasa tabah dan kuat..






Tidak mudah memberi, ketika diri sendiri dalam kekurangan,,

Tapi akan terasa indah ketika kita dapat membahagiakan orang lain,,

Agar diri akan terasa lebih bahagia.. 




Tidak mudah memaafkan ketika kita dibenci dan di hina,,

Tapi akan terasa indah kalau itu adalah sebahagian daripada penyucian diri...

agar diri kita Ikhlas dalam menggapai redha Ilahi..





Tidak mudah melupakan kegagalan ketika kita masih bersedih memikirkannya,,

Tapi akan terasa indah ketika menyedari itu adalah permulaan dari kejayaan kita..







Tidak mudah melupakan masa lalu yang menyakitkan,,

Tapi akan terasa indah ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh,,

Untuk mengecapi kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya.. 





Tidak mudah menghilangkan duka kerana kehilangan,

Tapi akan terasa indah ketika menyedari...

Bahwa Tuhan telah meminjamkan kepada kita beberapa saat..





Tidak mudah menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera,,

Tapi akan terasa indah ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur,,

Dan menyedari itu adalah sebahagian daripada cara Allah menyayangi hambanya...

Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya..