camat datg

Tuesday 30 August 2011

~syawal oh syawal~






Bila nak dekat raya ni, ramailah kanak-kanak dan para remaja yang berharap untuk mendapat pakaian baru, kasut baru dan macam-macam lagi.
Ia seperti menjadi kewajipan kepada ibu bapa untuk membelinya walaupun dalam keadaan kekurangan yang teramat. Sehingga ada kalanya membuatkan anak-anak tersebut membenci kedua ibu bapanya jika tidak membelikan pakaian baru buat mereka.
Marilah kita hayati kisah Saidina Umar al-Khattab dan anaknya.
Suatu hari anak Khalifah Umar al-Khattab pulang dari sekolah dengan menangis teresak-esak. Ketika ditanya oleh ayahnya, ia menjawab bahawa teman-temannya di tempat pengajiannya menghina bajunya yang penuh dengan tampalan (baju yang bertampal-tampal)
Di antara mereka mengatakan : "Hai kawan-kawan, perhatikan berapa jumlah tampalan budak ini!" Ia menjadi bahan ketawa teman-temannya, amatlah sedih hatinya.
Tibalah suatu hari apabila Umar al-Khattab berhajat untuk membelikan pakaian baru untuk anaknya di bulan Syawal, kerana ketiadaan wang pergilah Umar ke Baitulmal untuk meminjam beberapa dirham untuk membeli pakaian tersebut . Kerana tidak bertemu Saidina Umar dengan bendahara Baitulmal, beliau meninggalkan sepucuk surat, isinya sebagai berikut :
Pola hidup keluarga Khalifah Umar memang sederhana, teramat sederhana. Walaupun berjawatan sebagai khalifah, tampalannya bajunya ada empat belas. Salah satunya ditampal dengan kulit kayu.
"Kepada bendahara Baitulmal yang terhormat saya memohon pinjaman sebesar empat dirham. Insya-Allah pada awal bulan depan, setelah pembahagian gaji dari Baitulmal, saya akan segera melunasinya."
Si bendahara tidak langsung cemas setelah menerima surat dari Khalifah. Dia juga tidak cepat-cepat mengambil wang dari Baitulmal lalu mengirimnya kepada Khalifah.
Dia mengamati surat itu sangat lama. Dia mengetahui bahawa pemimpinnya itu bukan sejenis penguasa yang memanfaatkan amanat rakyat untuk kepentingan peribadinya.
Saidina Umar bin Khattab R.A dikenali sebagai pemimpin yang adil dan tegas. Bukan saja dia adil terhadap rakyat sekitarnya, beliau juga bersikap adil terhadap anak-anaknya dan dirinya.
Apabila dirinya terbukti salah dalam menjalankan amanat Allah, dia rela dihukum dan didenda walaupun dia mampu menolak penghukuman tersebut kerana jawatannya.
Apabila dia dihadapkan kepada dua kepentingan, kepentingan si anak dan kepentingan Islam, maka dia akan mendahulukan kepentingan agamanya.
Sifat Umar al-Khattab seperti ini sudah umum diketahui oleh rakyatnya, tidak terkecuali si bendahara Baitulmal ini.
Si bendahara menjawab surat Khalifah dalam bentuk sebuah pertanyaan.
Kepada Amir al-Mukminin Umar bin Khattab,
"Telah saya baca surat anda tentang permohonan pinjaman dari wang Baitulmal. Aku sekadar ingin bertanya, apakah Tuan berani bahawa diri Tuan pasti tetap hidup sampai akhir bulan sehingga aku dapat menuntut hutang Baitulmal dari Tuan? seandainya ajal menjemput Tuan sebelum bulan ini berakhir, apakah Tuan mampu mempertanggungjawabkanya di hadapan Allah? Wasalam."
Selesai membaca surat balasan dari pejabat Baitulmal, Khalifah Umar merasa amat sedih kerana tidak mampu melunasi hajatnya untuk membeli baju baru untuk anaknya.
Setibanya Hari Raya, Umar al-Khattab melihat anaknya memakai baju yang bertampal-tampal dan beliau terus menangis, "Mengapa engkau menangis, wahai ayahku?" Tanya anaknya.
Umar menjawab: "Aku bimbang hatimu sedih di Hari Raya apabila kawan-kawanmu menghina bajumu yang bertampal-tampal itu."
Kemudian anaknya berkata: "Seharusnya yang harus bersedih itu ialah orang yang tidak mendapat keredhaan Allah dan menderhakai kedua orang tuanya. Sesungguhnya aku berharap agar Allah Azza wa Jalla memberikan redha-Nya kepadaku sebab keredhaanmu kepadaku".
Semakin deras air mata Khalifah Umar mengalir apabila mendengar kata-kata anaknya dan beliau terus memeluknya dan mendoakannya.
Kesimpulannya, inilah contoh didikan yang terbaik dari anak Khalifah Saidina Umar al-Khattab, yang tidak mengharap sesuatu pun dari kedua ibu bapanya kecuali keredhaanya.
Adakah wujud anak-anak sebegini di zaman ini? Mungkin 1/1000000 agaknya. Pengajaran lain yang dapat diambil, adakah pemimpin seperti ini wujud pada zaman sekarang? Fikir-fikirkanlah...

Friday 12 August 2011

kelesuan,  keletihan,  kesedihan jelas terpancar di wajah mereka.  ibuku dan adik beradik yang lain.  anaaak.....siapa yang sanggup melihat penderitaan dan kesakitan yang ditanggung oleh mereka?(atau salah seorag)....

wajah ayah yang kelihatan muram,  tidak menenangkan hati kami,  ayah?

..teringin benar aku untuk melihat wajah ayah yang riang dan gemar bergurau senda seperti dulu.  gurauan senda ayah yang sering mencuit  hati masih segar di pohon ingatan.  sejak ayah jatuh sakit,  kebahagiaan yang pernah aku rasai dahulu terasa hampir hilang dihembus angin.

pada 12 jun 2011, ayah terkena stroke.

peristiwa itu membuatkan kami tertanya-tanya.  betul ke ayah sakit??..kenapa ayah jatuh sakit??. kami sekeluarga pergi keluar makan di Pizza hut.  sekali sekala adik beradik berkumpul.  dalam perjalann tika malam itu di penuhi dengan senyum tawa sebuah keluarga bahagia.  .masih terbau seperti semalam bergurau senda dengan ayah. inilah yang dinamakan,  Allah yang memberi, Allah jugalah yang berhak menarik semula.  kebagiaan itu bukan mutlak kita punya.

pada 12 jun 2011

ayah dimasukkan ke wad Hospital Temerloh.  hari-hari kami tika itu di penuhi dengan butiran2 bening air mata diiringi dengan seribu harapan agar ayah segera sembuh.  minggu itu adalah "minggu ulang alik ke Hospital"...3 hingga empat hari menziarahi ayah yang terlantar di hospital tanpa memberikan seuntai kata pendorong semangat buat kami.  keadaan ayah membuatkan kami mengalirkan butiran2 bening apakala mahu berbisik sesuatu ke telinga ayah.  "ayah,  akak sayang ayah.  bila ayah nak sembuh?  nanti boleh hantar akak pergi sekolah macam biasa.  akak rindu ayah.  selalu tunggu ayah depan sekolah.  tetapi sekarang,  tak nampak dah ayah tunggu akak. akak rindu ayah.  cepatlah balik."..bisikku ke telinga kiri ayah.

   hati sangat sebak tatkala melihat ayah insan yang tersayang terlantar sakit.  melihat beliau yang tidak mampu tuk berkata2 dan menghulurkan sekuntum senyuman membuatkan hati ini di selubungi kesedihan.  terasa seperti semalam baru melihat ayah cergas berjalan,  memberi senyuman ketenangan,  bergurau senda yang sangat membahagiakan.  tapi,  apalh daya kami...Allah sajalah yang berhak menentukan ape yang terbaik buat hambaNya.  tidak guna mengeluh...gunalah masa yang masih "ada" untuk berdoa,  usaha dan tawakkal'alallah

.

   Al quran penenang hati.  solat mendekati.  solat dan membaca al quran juga menjadi penghubung kita dengan Allah.  dengan melakukan amalan ini,  maka hati menjadi tenang.  tika itu,  tidak lain dan tidak bukan perkara itu sajalah yag dicari olehku.

   ayah......ku rindu setiap bait bicaramu...ku rindu gelak tawamu..ku rindu untuk melihat wajah senang hatimu..ku rindukan dirimu..  izinkan aku menikmati lagi waktu2 bersamamu seperti suatu masa dahulu.  tanpa mu,  semangatku kian luntur.  mujurlah,  walaupun sebarang kata2 darimu tidak dapat lagi kudengar..ku masih gembira kerana Engkau masih berada di sampingku.


    buatmu ibu,  kutahu hatimu sangat sedih.  bukanku tidak tahu,  betapa beratnya hatimu untuk menerima ujian ini.  apadaya kita untuk menolak dan mengungkap tidak untuk ujian ini?.sedangkan,  hidup kita sendiri diatur olehNya.  wahai ibu sayang, cekalkan hatimu.  ingatlah,  ank-anakmu sentiasa ada untukmu.   walaupun aku tidak pernah melihat matamu mengalirkan butiran bening,  tetapi kutahu engkau mengalirkannya di belakang kami anak-anak.

Monday 8 August 2011

stop to playing!!!!

diam tak diam exam makin dekat.. nafas kian tersekat.. masa pun makin terikat...sampai mampu buat mane yang sempat...=,='


jam tidak pernah berhenti berdetik....bunyinya sentiasa kedenganran.tik tok tik tok. mggu depan nak trial dah.camne nih????...bape percent je yang aku study???....argggggghhhhhhh...

awal tahun dulu, time first time pijakkan kaki nie ke sekolah rase cam tak redha jadi form 3.rasa cam tak sanggup dan belum sedia bergelar miss form 3...argggghhhh!!!!xmahu!!!..seminggu bukak sekolah rasa macam tak berapa pasrah je jadi form 3...T_T...SEBAB TAK SEDIA NAK AMEK PMR!!!..

belajar pon entahla..takla teruk sanagt keputusan bile exam.. boleh la..tapi bulan 4 dah sibuk tilawah MTQSS prgkat daerah then negeri...naseb baik la tahun nie xde rezeki pi kbangsaan,,alhamdulillah..tahun lps dapat merase jadikla....kali nie mang tak mahu pi kebangsaan.bukan pe..nak kurangkan kemasukan aktiviti,tu je...

mtqssnaku dah ketinggalan 4 hari dalam kelas....pastu baru2 nie,pi KEDAh, ade MIIPA kebangsaan ,dapat no 3..haha,alhamdulillah..tapi,ktinggalan pelajaran  jugak seminggu.  kemane majlis tiawah yang aku pegi,  aku tak pernah salahkan aktiviti yang aku masuk penyebab tak dapay banyak A.  mungkin aku yang perlu dipersalahkan.  aku perlu membahagikan masa dengan betul dan bijak.  pantang betul kalau orang cakap masuk tilawatul Quran tak mendatangkan faedah!!bukan main geram aku!!!...=P

ermm...pape pun,sume aktiviti tu dah stop buat sementara wktu.  nanti pas exam sambung balek.bukan ape...tahun PMr kenalah sedar2 siket.

tolak hri nie,tinggal 57 hari je nak PmR..nak TRIal lagi 6 hari je...persediaan??,entahle....ya Allah,rase dada ni memang betul2 sempit dn tersekat..tak tahu nak wat camne..saaaaaaaangat buntu.memang dah takde jalan lain dah nie.  melainkan aLLAH...dia yang memahami seluruh hidupku..care yang terbaik untuk tenangkan hati adalah QURAn....yang tahu aku buat, bace al quran 4 helai setiap selepas solat fardu and mintak Allah tanamkan sifat rajin dalam diri ni serta tidak mengenal erti putus asa...kadang2 tu,  rase nak je KILLS MYSELf!!!!....huhuhu..nak elakkan PMR.tapi,  mujurlah aku masih punya iman.  cara negatif itu bukn cara yang terbaik untuk aku lakukan.  aku sedar tuuuu....rase setiap kali selepas solat,  nak menangis sambil tertanya-tanya...betul ke dah nak PMR???....ya ALLAH, sesungguhnya tiada daya kekuatan dan keupayaan melainkan dengan Mu...aku tak kuat.  rase MACAM nak je memerap diri dlm bilek...ya Allah..Ya Allah...Ya Allah...tenangkan hatiku...kuatkan imanku..beri kekuatan padaku..ampuni dosa2 ku...




jap eh.nnti nak sambung tulis entry ni lagi..nak tlg mak sediakan makann ntuk beboke...bnyak lg nak citer nieh.k.tdi pn dah bunyi guruh.nak ttp WiFi.assalamualaikum.

Wednesday 3 August 2011

.::aku tinggalkan dia kerana ALLAH ::.

Dengan nama Allah 
Sebaik-baik Pemberi Ganjaran

...

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu

Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai pria
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu

Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita

Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar

"i've leave him for the sake of Allah"

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah! 
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti

Dan sesungguhnya hari kemudian 
itu lebih baik bagimu 
daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu 
pasti memberikan karunia-Nya kepadamu , 
lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4 & 5]

Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu padaNya

Sesungguhnya
 aku bertawakkal 
kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.
Tidak ada suatu binatang melata 
melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya. 
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(Allah Maha Adil)
[Hud: 56]




usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap


Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
[An Nur: 26]

Tuesday 2 August 2011

~ Wahai Sahabatku Yang Kecewa ~






Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.


Wahai sahabatku,
Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapunrasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Wahai sahabatku,

Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?



ya sodiqoti...
Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.



Wahai sahabatku,

Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta.Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?



Wahai sahabatku,

Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku jugadipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.



Wahai sahabatku yang kecewa,