camat datg

Sunday 27 February 2011

~~mOnoLog daLAm sePi~~




Bermula dari sebuah pertemuan dan perkenalan di tempat nan suci.   Di rumah sang pencipta.(rumah Allah).  Rumah yang dipenuhi dengan keberkatan.  Di kala doa dipinta, pasti dikabulkan. InsyaAllah.  ya!!..di sinilah tempat silaturahim tercipta. Di sini jugalah seorang wanita telah meminta agar aku menjadi anak angkatnya.  Pada waktu itu, aku berasa sedikit hairan bercampur gembira sambil tertanya-tanya.

*tersengih  dalam hatiku sendiri.  

saya cadang,  saya nak ambil awak jadi anak angkat saya la”…


  ungkapan itu tidak pernah luput di ingatan ku.  Hati terasa  gembira tatkala mengimbas memoir kelmarin yang telah menjadi sejarah.  Sewaktu itu , aku hanya mampu menguntum senyuman dan membiarkan hati monolog sepi tanpa melontarkan apa-apa jawapan yang diperlukan...

   Ya Allah, sungguh...tidak pernah terlintas  di ruang fikiranku bahawa aku akan mempunyai seorang ibu angkat dan.., tidak pernah pula “perkataan ibu angkat menjelma dalam diari hidup ini”.. namun, kini mataku sudah pun tercelik.  ya..!!.. dia memang berada di hadapanku dan kini aku mengerti ,  semua ini  adalah rancangan dan aturan-Mu yang Maha Bijaksana.   Mungkin semua ini terkandung seribu hikmah yang hanya Engkau ketahui. Sungguh indah aturan-Mu!!!   tetapi,  berjayakah aku untuk menghirup secangkir kasih milik insan ini??
  
   Ya Allah,   sesungguhnya nawaitu aku terhadap insan ini adalah semata-mata ingin senantiasa menyanginya seperti ibu kandungku sendiri.  Demi Allah..,tidak pernah terbit di lubuk hatiku atau terselit di hatiku untuk mengharapkan sebarang balasan dari insan ini..,melainkan belaian kasih sayangnya.  Aku hanya mampu berdoa kepada ya khaliq agar aku dapat memberikan yang terbaik kepadanya sepanjang aku bergelar  “anak angkat”.   Pertama kali berjumpa dengan ummi,  awal lagi sudah hati kecilku berbisik agar aku dapat menerima dan menyayangi insan ini seperti ibu kandungku.
  
   Sungguh...diri ini berjaya menitiskan butiran bening yang mengalirnya dari sepasang kelopak mata dek kerana membaca sambil memahami kisah hidup insan ini.  Hidup insan yang dipenuhi dengan cabaran dan dugaan yang hanya berlantaikan doa dan tawakkkal  ‘alallah.  Aku percaya,  sememangnya insan ini tabah dan kuat menghadapi Mehnah Allah..

                 Ketahuilah wahai ummi sayang..

          Manusia sering bertanya: “mengapa aku diuji??”                                                                                                                 
Al Quran menjawab: “apakah mausia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan,”kami telah beriman”,sedangkan mereka tidak diuji?  Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar-benat beriman dan Dia juga mengetahui orang-orang  yang dusta....”                                                                                                                                                                                  [tafsiran yat al ankabut ayat 2-3]
******
  
  Setelah lama menyelami jiwa dan perasaan masing-masing,  banyak  juga cerita-cerita yang telah kami kongsikan berkisar kehidupan.  Cerita sedih,  gembira,  hiba,  macam-macam ada!  Aku berasa semakin seronok berkawan dengan ummi. Sekali-sekala diri ini terfikir sejenak,  sungguh indah ukhuwah yang dibina atas nama Allah.  Sungguh indah taqdirMu untukku.   Subhanallah.  Syukur  walhamdulillah.    Aku juga bersyukur kerana keluarga ummi dan abah dapat menerima kehadiranku dengan seribu ketenangan.  Aku juga cuba mengerti sikap ummi sikit demi sedikit walaupun baru mula kenal. Ummi seorang yang sangat penyayang dan seorang yang tegas.  Setiap ketegasannya itu aku tahu disitu ada terselit sebuah  simpulan kasih sayang.  Sekali sekala aku mencuri masa  melihat riak wajahnya,  ku tahu dia tersangat gembira dengan kehadiranku.  Aku berasa sangat terharu.  Hatiku hanya mampu berdoa tiap kali melihat riak wajahnya.”ya Allah,bahagiakan lah insan ini di dunia bahkan di akhirat kelak”.  Kadang kala,kami pernah  jadi seperti sahabat.  Ummi  pernah mencerita kan kepadaku bahawa dia berasa sungguh sunyi selepas kehilangan seorang insan yang amat dia sayangi yakni ibunya.(mak tok angkatku)


Ketahuilah wahai ummi sayang..


Manusia sering bertanya:”kenapa ujian seberat ini???”                                                                                                                      
                               “..Allah  tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya...”                                                                                              [tafsiran ayat 286 surah al baqarah]


******

   YaAllah,  pantasnya masa berlalu.  Diam tak diam sudah 159  hari aku mengenali diri ummi.   Masih terasa seperti semalam aku terkebil soal mendapat lamaran “anak angkat”.  Subhanallah.  Segala puji-pujian bagi Mu ya allah yang telah menyatukan hati-hati kami.
  
   Ya Allah,  kadang-kadang timbul perselisihan faham di antara ummi dan aku.  yaAllah,  aku bingung..aku tidak mengerti apa semua ini.  Mungkin aku perlu banyak beralah dan perlu menjaga hatinya.  Kerana aku tahu,”manusia hanya diberi sekeping hati untuk merasa dan terasa.”  ya Allah kuatkan lah semangat hambaMu ini untuk  terus berdiri teguh di atas jalanMu yang hanya berbekalkan kekuatan iman.  Aku akan cuba memahami dan menyayangi ummi selagimana aku diberi keizinan olehMu .  Ya Allah,  aku redha dengan ujianMu.  insyaAllah.

Buat tatapan diriku....“duhai hati  yang hina,  usah sesekali meminta diberikan ujian oleh Allah.  Sebaliknya pintalah kekuatan apabila berdepan dengan ujian Allah”....


Doaku buat insan ini...   
                                                                                                 
“Ya Allah,bahagiakanlah insan ini dengan rasa kecintaan yang mendalam terhadapMu.  Ya Allah,sesungguhnya kau maha Mengetahui lagi maha Mendengar.  Ya rahman,  kau rahmatilah dia dek kerana ketaatan dia pada suaminya. Ya Aziz,  sesungguhnya kau maha Mengetahui lagi maha Mendengar. ya sami’,  Kau pertimbangkanlah segala hajat mereka yang selalu mereka hajatkan padaMu.  Dan sesungguhnya kau sahajalah yang layak mengadili sesuatu..ya Allah,  sesungguhnya kau maha mengetahui segala sesuatu yang baik dan apa yang buruk.wahai Allah,  kau kurniakanlah zuriat yang soleh solehah buat pasangan insan ini.  Dan jika mereka dikurniakan zuriat,berilah untuk mereka zuriat yang jauh lebih baik dari diriku ini...ya RAbbi,  sesungguhnya kau sahaja mengetahui sejauhmana rasa sayangku terhadap insan ini.doaku agar insan ini sentiasa bahagia dan ceria disamping suami tercinta.amim ya rabb.”
                                                      

  ...Buat mami  yang sangat diri ini sayangi dan hargai...

   “ummi,  terima kasih kerana telah menyayangi dan mempercayai diri ini.  Diri ini terlalu menghargai.  Dan terima kasih kuucapkan atas keikhlasan keluarga ummi menerima diri ini dan diri ini berharap agar kehadiran diri ini biarlah disenangi dan pemergiannya nanti dirasai.  Dan tahniah kerana telah berjaya mengambil hati diri ini.”seronok apakala punyai mak,  ayah dan ditambah lagi dengan kehadiran dua insan kenalan kesayangan yang diri ini sayangi,  ummi dan abah”.  syukur kepada Allah.  Dengan izin Allah dapatlah kita membina ukhwah.  ummi,  diri ini sungguh terharu tatkala menerima sebuah kucupan kasih di dahi dan pelukan sayang dari ummi.  Terasa diri dihargai.....anak jika dipeluk oleh ibunya pasti bahagia yang dirasai.  Begitu juga diri ini.  Diri ini terasa sangat gembira  dan adakalanya bisa tersenyum sendirian di kala memikirkan gelagat manja diri ini....>perasan!!.  Hati terasa gembira dan bahagia.   (walaupun diri ini sedar sudah melebihi had umur untuk dibelai manja). wahai ummi,  janganlah bersedih.  innallaha ma’ana.  sesungguhnya Allah bersama kita..jadikan ujian dan cabaran kehidupan sebagai tarbiyah dari Allah untuk kita.  Akhir kalam,  diri ini memohon seribu kemaafan andai  sepanjang perkenalan  ini,  diri ini pernah banyak kali  melakukan kekhilafan terhadapmu....”

“ya Allah  sesungguhnya hanya kau yang maha mengetahui isi hati ini..diriku sedar adakala tindakanku sering menyakiti hati-hati insan di sekelilingku..namun hakikatnya tidak pernah terlintas di hati dan mindaku untuk melakukan hal seperti itu..bukan maksudku untuk melukakan hati mereka dengan mengecewakan perasaan dan harapan yang telah mereka bina terhadapku..akhir kalam,  sampaikan salam ribuan kemaafan diriku  di hati insan ini..kerana sesungguhnya diri ku telah banyak menyakiti hatinya...dan beritahu insan ini bahawa aku sangat menyayangi dirinya....maafkan daku wahai ummi sayang...........”


Sweet 15 years old,                        
   Nurhanan mumtahanah

1 comment: