camat datg

Sunday 13 November 2011

...kadangkala kita perlu menangis untuk menghargai saat bahagia...dan...kadangkala kita perlu bergembira bagi setitis air mata...



amat mudah menyakiti hati seseorang walaupun tanpa sengaja. tetapi,  bukan mudah untuk memujuk hati yang pasti sarat dengan kekecewaan dan kesedihan.  begitulah yang terjadi kepadaku.  aku sudah tidak mampu merayu dan meminta simpati supaya insan yang sangat aku sayangi memaafkan kesalahanku.  mungkin aku terlalu jahat sehinggakan kesalahanku tidak boleh diberi peluang untuk berubah.  aku bukanlah malaikat.  aku redha ya Allah. jadikanlah aku seorang yang redha.


 ya Allah, Engkau lembutkanlah hati insan yang sangat kusayangi supaya dia tidak menjauhi aku. Engkau lembutkanlah hati dia supaya menyayangi aku seperti suatu masa dahulu.  Engkau bukakanlah pintu hatinya supaya dapat menerima aku seperti dahulu.  Engkau bukakanlah matanya supaya dia sedar apa yang telah dilakukannya adalah salah.  aku bukanlah tuhan untuk berkuasa ke atas sesuatu.  oleh itu,  Engkau bantulah aku.  ya Allah,  aku tidak mampu untuk meratap lagi ya Allah.  tiada tempat untukku mengadu selain Engkau.  Engkau sahajalh yang setia mendengar tangisanku.  


jika aku di beri peluang unuk kali kedua,  aku tidak akan pernah mensia-siakan waktu yang ada bersama insan itu.  segala kesalahan dan kelemahan yangku ada pasti aku betulkan.  tapi,  janganlah terlalu mencari yang sempurna.  jika perkara itu yang insan itu cari selama ini nescaya,  yang sempurna itu tidak akan kita jumpa.  terimalah aku seadanya.  biarlah kehadiranku di senangi.



  Engkau tahanlah butiran bening daripada terus mengalir dari mataku.  mataku sudah cukup lebam.  hatiku juga sudah cukup merana.  suaraku sudah tiada untuk merayu.  kepalaku juga sudah cukup berat dan menunggu masa untuk pecah.  ya Allah,  hanya engkau yang mengetahui betapa peritnya hati ini diuji.  ya Allah,  terima kasih kerana hadir di hatiku di saat hatiku memerlukan kekuatan.  Engaku sahajalah yang berhak berkongsi masalahku.  biarlah mereka tidak tahu apa yang sedang aku hadapi.  ya Allah,  jika kehadiranku dalam kehidupan ini membawa masalah atau tidak menyenangkan bagi mereka,  Engkau ambillah nyawaku. biarlah tiada yang sakit dan merana melihat kehadiranku.  tetapi,  sebelum itu,  Engkau kentalkanlah iman ku.  biarlah bekalanku cukup untuk di bawa ke negeri yang kekal.  ukhrawi.




Maksudnya:


Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.

No comments:

Post a Comment