camat datg

Friday 11 November 2011

! * mengemis kemaafan ! *

maafkan aku andai segala sangkaa dan tekaan ku salah ... maafkan daku ..sesungguhnya,  hati ini amat merinduimu ..salam rindu drku



hati  terasa sebak tatkala memikirkan masalah-masalah yang sering menjadi permainan kehidupan.  satu satu masalah cuba aku selesaikan.  namun menyyelesaikan masalah bukanlah sesuatu perkara yang mudah. kadang-kadang aku  hampir tersungkur mengenangkanmasalah yang aku hahadapi tidak dapat diselesaikan.  aku sedar,  bukan semua masalah boleh dikongsikan bersama orang terdekat.  aku takut,  andai masalah itu dikongsi bersama insan yang akrab,  silap haribulan masalah itu menjadi semakin besar.




  hatiku terasa seperti dilambung badai tatkala melihat hubunganku dengan seseorang yang sangat aku sayangi tiba-tiba menjadi tegang dalam suatu masa  yang 'tiba-tiba'. hatiku sering tertanya-tanya mengapa dia sering berusaha menjauhi aku dan tidak mahu berhubung denganku? banyak sangatkah khilaf yang telah aku lakukan kepadanya yang tidak sengaja sehingga dia tidak mahu memaafkan aku? sempurnakah aku ? aku bukanlah malaikat untuk melabelkan aku agar aku tidak boleh melakukan sebarang kekhilafan.  atau . . .  hina sangatkah aku ?  .  hidup terasa sunyi,  reaksi wajahku juga sering mencuka.  tapi,, hari-hari itu aku elakkan daripada pengetahuan keluargaku degan cara berlakon seolah-olah tiada apa-apa yang menyerabutkan kepala.


 oh ya Allah, tidakkah engkau tahu betapa perit dan pahitnya hati ini menerima ujian ''hati''?  ya allah,  megapa hubungan ini selalu begini.  adakah orang yang sangat aku sayang dan hormati tidak lagi menyayangi dan hargai aku.  aku terasa seperti dibuang apabila diriku seolah-olah tidak diperlukan.  hatiku hampa dan sebak saat membaca tulisan tangannya. walau apapun yang ada di dalam fikirannya,  aku tetap menyayangi dia 'selagi hayat dikandung badan'. itu janji yang ada di dalam tanganku selagi aku masih boleh bernafas !






  oh ya allah ya tuhanku . . tiada nama yang sangat indah melainkan namaMu..oh ya Allah . . tiada yang setia selain Engkau . . oh ya allah, Engkau sahajalah tempat aku mengadu . . tiada yang boleh aku percaya melainkan Engkau . . . Engkau shj lah yang sentiasa setia dan bersedia mendengar adu tangisanku . . ya Allah , aku redha jika Engkau telah menetapkan ujian untukku sedemikian rupa . . apadayaku untuk bertanya padaMu "mengapa" . .  sedangkan Engkau yang mengatur kehidupanku sejak aku dilahirkan sehingga hari ini.


 . . kadang-kadang aku terasa seperti mati lebih baik daripada menghadapi ujian ''hati'' ini. astaghfirullah.ampunkan niatku yang buruk itu.  kadand-kadang juga hatiku terasa sangat bersyukur dan terharu kerana aku di uji olehMu. dengan ujian itu,  hubunganku dengan DzatMu lebih akrab.  dan  setidak-tidaknya air mata kekesalan dosa-dosaku amat bermakna buat menyiram api neraka kelak.  terima kasih ya Allah.  daripada situ,  aku berasa nikmat sungguh berhubung dengan Mu !!




oh Allah terima kasih kerana menjadi sahabatku disaat susah dan senang . . 
di saat hatiku hiba,  Kau datang untuk menggembirakan aku...
disaat Engkau mendengar esak tangisku, Engkau datang untuk membelaiku dengan kasih sayang ..
di saat aku mengadu padaMu,, Kau sedia datang untuk mendengar tangis hati ini ..
oh Allah, kuat kan hatiku untuk menghadapi ujianMu ...
aku yakin,, Engkau pasti datang menolong dan memberi kekuatan kepadaku..
syukran lillah !!

No comments:

Post a Comment