camat datg

Monday, 6 June 2011

.:: Air Mata Tidak Selamanya Abadi ::.



Senyum. Bahagia. Tenang. Ke mana perginya hari-hari gelap itu? Hilangnya tidak disedari. Lesapnya tidak mengesankan lagi. Alhamdulillah. Akhirnya, detik-detik hitam itu sudah berlalu. Pasti. Semua orang pastinya pernah diuji dengan pelbagai jenis dugaan. Semua tak terkecuali. Namun, tanda perhatian dan kasih sayang ALLAH pada hamba-hambaNYA ini seringkali disalah tafsirkan sebagai kemusnahan, disalah ertikan sebagai perhentian terakhir hidup bagi mereka yang lemah akal dan jiwanya. Tidak, aku tidak akan sekali-kali menyalahkan mereka. Kelemahan adalah sebahagian ‘anggota’ manusia, ketidaksempurnaan pula ada ‘nama timangan’ mereka.

Dulu, ada satu kisah tentang rama-rama. Sering ku kisahkan cerita ini pada mereka yang lagi dirundum kesedihan. Dengan kisah ini jualah, terselit sekelumit harapan untuk menyisip secebis kekuatan buat mereka yang lemah. Memang, aku tidak mampu menyanyikan lagu ‘Semangat yang Hilang’ untuk mengobarkan kembali semangat mereka, aku juga tidak dapat memberi preskripsi ubat untuk menghilangkan ingatan-ingatan buruk itu, malah aku tidak akan mungkin punya kuasa ajaib untuk mengubah takdir jika bukan diri mereka sendiri yang ingin bangkit mengubah segalanya.

Rama-rama bagiku cukup simbolik. Lambang perjuangan hidup. Ia terbang mengibarkan kepak warna-warninya yang indah dan memukau setiap mata yang memandang. Namun, dulunya rama-rama ini tak lebih dari seekor beluncas. Ya, seekor beluncas yang dibenci, dianggap perosak dan sering dijauhi. Namun, kemudian berubah menjadi kepompong sebelum bertransformasi menjadi seekor rama-rama yang cantik.
Kisah rama-rama ini kisah benar, bukan rekayasa atau hikayat dongeng penuh fantasi tetapi lebih kepada teori logik, sebuah cerita saintifik. Pernah, terdapat sekumpulan saintis sedang membuat kajian terhadap rama-rama. Mereka memerhatikan dengan teliti proses bagaimana seekor rama-rama keluar dari kepompongnya. Ia kelihatan seperti kepayahan, terseksa untuk mengeluarkan diri. Berjam-jam lamanya, rama-rama ini mencuba, mencuba, dan terus mencuba untuk keluar dari kepompong yang kecil itu. Akhirnya, ia berhasil. Rama-rama ini pun terbang ke sana dan ke mari seolah-olah meraikan kebebasannya.
Saintis-saintis muda ini kemudian beralih kepada rama-rama yang lain. Mereka sepakat untuk membantu mengeluarkan rama-rama ini dari kepompongnya dengan menggunting kepompong tersebut. Rama-rama ini berhasil ‘di’keluarkan dengan mudahnya. Namun, tahukah kamu apa yang terjadi dengan rama-rama ini? Tidak, ia tidak mati. Ia masih hidup, ia meneruskan hidupnya dalam keadaan cacat seumur hidup. Ia tidak berupaya untuk terbang, tidak akan pernah mampu terbang seperti layaknya. Bukankah ini lebih malang? Ternyata, segala kesukaran serta kepayahan ketika berusaha keluar dari kepompong itulah yang memberi kekuatan bagi seekor rama-rama untuk terbang. 
 
Hakikatnya, apa yang tidak membunuh kita itulah yang melangsungkan kehidupan ini. Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih. Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. Tentu, kata –kata ini sering kita dengar di mana-mana, “setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya”. Ini bukan kata-kata kosong yang palsu. Bukan. Tetapi, jangan pula tanyakan padaku, bila dan bagaimana?

Wallahualam

Tetapi bersabarlah. Airmata tidak abadi, kering suatu masa nanti. Percayalah, keajaiban itu pasti ada. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui tiap sesuatunya.


copy from iluvislam

Monday, 16 May 2011

.::kasih sayanG yanG teRlihaT::.



alt


Kasih sayang Allah sangat luas jika hendak dibandingkan kasih sayang sesama makhluk-Nya. Namun kasih sayang yang dikurniakan kepada kita wajar kita syukuri. Di sini saya ingin berkongsi cerita yang mungkin ada persamaan dengan kehidupan kita sebagai hamba Allah yang lemah.
Adik saya membela seekor kucing yang sangat comel. Kami tujuh beradik sememangnya sangat sayang akan kucing. Sifat kami mengikut jejak langkah arwah Abah yang sangat sayangkan kucing. Kalau Abah jumpa kucing di tepi jalan mesti dia berhenti dan cium kucing tersebut. Kami dididik sayangkan kucing kerana Abah pesan kucing adalah haiwan kesayangan Nabi Muhammad.
Adik saya memberi nama kucingnya dengan nama Memey. Nasib kucing tersebut sama seperti anak terbuang, tanpa ayah dan ibu kerana adik mengutip Memey di dalam sebuah longkang. Atas rasa simpati adik membawa kucing tersebut pulang dan menjaganya sehingga dewasa.
Walaupun saya jarang pulang ke rumah kerana tinggal jauh dari keluarga namun sedikit sebanyak saya tahu perkembangan Memey. Dipendekkan cerita, pada suatu hari Memey melahirkan seekor anak namun anaknya hilang mungkin dibawa lari oleh kucing lain.
Memey berasa sedih dan sering memanggil-manggil anaknya. Namun kesedihannya hanya sementara dan dia meneruskan kehidupannya seperti biasa hinggalah pada suatu hari Memey melahirkan 3 ekor lagi anaknya.
Apa yang mengejutkn kami, Memey sememang sayangkan anaknya sama seperti manusia namun dia tidak pandai menjaga anaknya seperti ibu kucing yang lain. Memey tidak pandai menggonggong anaknya dan ada lagi perkara lain yang kami  nampak janggal.
Kesimpulannya, kami beranggapan mungkin kerana dia pernah hidup terbuang tanpa kasih sayang ibu dan tanpa sentuhan ibu maka dia juga tidak pandai untuk menunjukkan kasih sayangnya pada anaknya.
Kisah ini mungkin nampak seperti tiada apa-apa yang menarik namun pada saya ia boleh dijadikan iktibar pada kita yang mempunyai akal untuk berfikir. Terutama ibu dan bapa dan yang bakal bergelar ibu. Berilah kasing sayang yang sewajarnya kepada anak masing-masing agar mereka tahu untuk membalasnya.
Berilah mereka kasih sayang sepenuhnya agar mereka sedar ada insan yang menyayangi mereka. Tunjukkanlah kasih sayang dan didiklah mereka seperti yang sepatutnya agar mereka rasa disayangi.
Tanpa kita sedar, gejala sosial yang berlaku pada masa kini juga akibat daripada kurangnya kasih sayang dan didikan. Saya teramat takut dengan apa yang berlaku sekarang. Moga-moga kita sama-sama mengambil iktibar dan pengajaran untuk semua ini.
Andainya setelah kita beri sepenuh kasih sayang dan didikan yang sempurna namun keadaan tidak diingi tetap jua berlaku maka janganlah anda sebagai ibu bapa terus menghukum, teruskan berdoa dan banyakkan doa agar anak diberi petunjuk.
Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar dan jangan lah kita tergolong dalam hamba-hamba-Nya yang berputus asa.
Dalam al-Quran ada mengatakan: Kalianlah yang menjadi anak kalian sama ada Majusi atau Nasrani..
Coraklah kehidupan anak-anak dengan warna yang betul.

(i like this article from iluvislam.)

Tuesday, 3 May 2011

*don't give up..Allah is always with us*



Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:




Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan ‘keseronokan’ atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

• Kita terlalu banyak ‘komplen’ dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

• Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

• Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah ‘kematian’ itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar.

Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.....  ^__________^...



alhamdulillah....






Thursday, 31 March 2011

monoLog daLam sEpi (sambungan)

                                                      


                                      ..tut tut..tut tut..tut tut..tut tut..

henset yang berada di tanganku masih melekat kemas di tangan.  menelefon ummi.  jawapan yang menghampakan.  tiada sebarang respons.  henset masih berbunyi berkali-kali. tut tut...tut tut..
dengan hampanya,  aku meletakkan talifon di atas meja.

 "rindu ummi.  nak peluk ummi. nak cakap dengan ummi." hatiku monolog sendirian.

sangkaanku mungkin ummi sibuk dengan kerjanya.  tidak mengapalah.  aku hanya mampu membiarkan saja sangkaanku pergi dihembus angin.  tetapi,  aku tahu perasaan atau keadaan ummi walaupun aku duduk berjauhan.  suara naluri hati ini ikhlas menyatakan perkara sebenar.  tidak pernah membohongi aku.  aku mengharap agar sangkaanku tidak tepat dan berlaku seperti suatu masa lalu.  amat mengguris hati!.



..la ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minnazzholimin..


.:: sepi.....senyap...sunyi....bening...hening ::.


setelah selesai solat sunat taubat dan solat sunat hajat 2 rakaat,tepal pada pukul 12:00 a.m aku melipat sejadah yang sering menjadi alas untukku melutut di hadapan ya khaliq,dengan kemas lalu meletakkannya di atas rak baju.  sementelahan itu,  aku menghampar tilam yang setia menjadi lantai penemanku ketika tidur...

  sebelum aku membaringkan jasadku dan mendodoi mataku... sempat lagi aku melayan perasaan yang rindu terhadap ummi dan abah.  lalu aku hulurkan tanganku ke dalam beg yang berdekatan dengan sisiku untuk mencari gambar ummi yang pernah ummi beri padaku tempoh hari yang lalu.  aku berjaya menjejaki foto itu.  kemudian..,aku membuka sampul yang berisi gambar itu dengan penuh cermat dan hati-hati.  aku tatap gambar itu satu demi satu.  sesungguhnya aku sangat merindui mereka.   mataku merenung dan menatap tepat wajah mereka  itu dengan penuh kerinduan dan kasih sayang.

"mereka baik"..desis dalam hatiku .

kedua-dua gambar itu telah di selitkan sekeping kad ucapan yang ditulis padanya,"we love nanie"...air bening daripada mataku mengalir tiba-tiba ..pada mulanya air mata itu jatuh renyai-renyai kemudian menjadi deras...ohh, rupa-rupanya aku menangis.

di saat butiran bening mengalir daripada sepasang kelopak mataku,  aku asyik monolog sendirian saja di dalam hati...

"mengapa meraka menyayangi aku?
apa yang ada padaku? 
aku tidak cantik..
aku tidak bijak dan kehidupanku bukanlah sesenang mereka..."

    ya Allah..aku bersyukur kepadamu dan aku sangat terharu karana ummi menyangi aku bukan berdasarkan rupa dan segala-galanya.  ya allah tidak dapatku tulis dan huraikan apa yang aku rasai.sesungguhnya aku sangat terharu.  ya Allah,  sungguh indah aturanMu untukku.!!  mereka tetap menyayangiku walaupun aku bukan sebahagian daripada darah daging mereka ataupun ada sebarang pertalian dengan mereka.

  di tanganku masih lagi terdapat gambar mereka.  kelihatan mereka tersenyum gembira .  aku tersenyum sambil bertemankan butiran bening yang tak henti-henti mengalir dari tadi .  "mengapa aku menangis??"monologku lagi.

    diriku tahu.  sememangnya ummi sangat menyayangi diriku sebagai anaknya.   aku sedar itu.  kadang-kadang aku sungguh terharu tatkala melihat dan mengenangkan gelagat ummi yang sering memeluk erat jasadku dan mengucup pipi dan dahiku tanpa sedikit pun rasa jijik terhadapku.  tindakan ummi itu adalah satu penghargaan buatku.  gambar mereka masih di hadapanku. aku suka melihat mimik wajah mereka.  aku berasa syukur kepada Allah kerana aku dapat membahagiakan hati mereka.alhamdulillah.  itu adalah niat dan tujuanku.  "untuk membahagiakan mereka selagi aku mendapat taklifan sebagai anak angkat kepada mereka"

*mataku yang kian membengkak dan hidung yang tersumbat dek kerana tangisan,  membuatkan aku berasa rimas dan sesak nafas....

    " ketahuilah wahai ummi yang sangat disayangi...aku bersyukur kepada Allah kerana telah menyusun atur rancangan dalam mengatur pertemuanku dengan ummi.  wahai ummi, katahuilah....aku menyangimu hanya kerana Allah.  tidak dinafikan lagi,  aku berasa seronok berdamping denganmu.  aku bersyukur kerana dapat memberi peluang untukmu, bagaimana mahu merasa karenah anak dan merasai menjadi ibu.
(walaupun hanya ibu angkat)...

   ummi sayang..,sesungguhnya diriku bukanlah seorang remaja yang cantik,  bijak  atau baik atau sebagainya..walaupun aku tidak ada semua itu aku akan tetap berusaha jadi yang terbaik dan lebih baik untuk Allah,mak dan ayah, ummi dan abah.

"biarlah hatiku terluka.  asalkan aku dapat membahagiakan hati insan lain,bukan menyukarkan insan lain"


insyaAllah..!!....mujahidah Allah!!

                                                                ********

baru-baru ni,  telah timbul satu perselisihan faham antara aku dengan ummi.  (hurrrrrrrm)..aku sangat menyesal . tidak dapat ku huraikan betapa hancur luluh hatiku ini.  biarlah salah siapa pun.  yang penting semua ini salah aku.  ya Allah,  aku tidak berniat untuk melukai hati ummi.  niatku hanya untuk berterus-terang.  tetapi,sebaliknya pula yang jadi.ya Allah ampunkn aku ya Allah.aku telah mengecewakan hati insan yang kusayangi ini.  aku tidak sengaja dan aku tidak tahu bahawa tindakanku itu sebenarnya salah dan kurang berhemah.!!!

    
    walaupun aku telah memohon maaf daripada ummi banyak kali,  ummi berkata "ummi dah maafkan segala kesilapanmu".tetapi..,aku tahu bahawa ummi masih kesal dan kecewa dengan tindakanku..ya Allah,sesungguhnya Engkau saja lah yang maha mengetahui segala-galanya.  apakan dayaku untuk menolak takdir dan aturan Mu..aku terima dengan redha ya Allah.  ya allah,adakah aku masih mempunyai peluang kedua untuk menebus kekhilafan ku terhadap ummi..?apalagi yang harus kulakukan??...

    yang penting, aku tetap menyayangi ummi sebagai ibuku. biarlah bagaimana,  mengapa atau siapa ummi,  aku tetap kasih pada ummi seperti ibu kandungku.  ya Allah,  izinkan aku untuk menyayangi insan ini. diriku masih mengharap supaya ummi beada disebelahku dan menyayangiku selalu.  



    
~ terasa diri dalam dilema....ya Allah,aku memohon petunjukMu,,..pimpinlah aku ya khaliq..~


.

Friday, 11 March 2011

layakkah aku..??




Aku manusia biasa
Penuh sifat mazmumah yang membelenggui diri
Dendam, marah, putus asa dan kecewa
Bukan itu yang aku impikan

Tapi aku ingat
Aku sememangnya tak layak
Untuk berkata dendam dan kecewa
Kenapa?

Aku kecewa
Untuk apa aku katakan aku kecewa?
Sedangkan usaha belom lagi aku lakukan
Imbas kembali detik kekasih Allah
Kembangkan syiar islam
Penuh onak dan duri
Dicaci dan dimaki sesuka hati
Tanpa rasa kecewa 
Diajarkan jua umat manusia
Mencari hakikat ketuhanan yang Maha Esa
Agar berbahagia dunia dan akhirat
Untuk itu
Layakkah diriku ungkap kata 'kecewa'?

Dendam
Untuk apa aku berdendam
Hanya dek hati terguris
Oleh kata-kata yang menyakitkan
Atau perbuatannya yang kalampauan
Oh! Rugilah aku
Sedangkan Rasulullah
Hanya memaafkan umatnya
Lagi mendoakan
Mulia sungguh budi pekertinya
Tanpa perasaan dendam
Kepada sesiapa
Oh! Siapakah aku
Untuk berdendam?

Marah?
Lupakah aku pada hadith Rasulullah?
Daripada Abu Hurairah ra
Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
Bukanlah seorang yang kuat itu,ialah orang yang kuat bergusti (tenaganya),
Tetapi, orang yang kuat itu
ialah orang yang dapat menahan dirinya ketika marah
Tapi
Mengapa ia masih membelenggu diri
Bagaikan ada tali yang mengikatnya
Oh Tuhan
Syaitankah itu?
Ampuniku Ya Allah
Lindungilah diriku dari musuh-Mu

Oh Tuhanku
Aku hanya manusia biasa
Yang hina lagi dina
Yang penuh dosa kemaksiatan
Ampunilah aku
Permudahkan lah jalan-Mu
Bagiku juga umat manusia
Kejalan keredhaan-Mu

  ya Allah,permudahkan segala urusanku...

Tuesday, 8 March 2011

~ jaNgan biaDap !! ~





Amat menaikkan darah apabila sedang solat tiba-tiba ada orang melintas di depan kita. Jahilkah si dia ?. Biadap sungguh. Agak kerap berlaku, ketika kita menunaikan solat sunat selepas Jumaat, manusia-manusia biadap ini dengan selambanya melintas tanpa ambil kisah kita sedang menunaikan solat.
Amat perlu kita semua menasihatkan diri dan semua yang dikenali agar menjauhi sikap melintas di hadapan orang solat, terutamanya bagi mereka yang amat prihatin dalma hal solat. Salah satu tanda keperihatinan seseorang itu dengan solatnya adalah apabila ia meletakkan 'penghadang' khusus di depannya ketika solat sunat seorang diri.
Tegahan melintas di hadapn orang solat ini disebut dalam dua hadis ini, sabda Nabi s.a.w  :-
لو يَعْلَمُ الْمَارُّ بين يَدَيْ الْمُصَلِّي مَاذَا عليه لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا له من أَنْ يَمُرَّ بين يَدَيْهِ قال أبو النَّضْرِ لَا أَدْرِي أَقَالَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا أو شَهْرًا أو سَنَةً
Ertinya : Sekiranya seorang yang melalui di hdapan orang yang sedang bersolat ini mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang solat) nescaya untuk berhenti menunggu empat puluh lebih baik dari lalu di hadapan orang solat ini, berkata perwai : aku tidak tahu samada Nabi menyebut EMPAT PULUH hari atau bulan atau tahun" ( Riwayat Al-Bukhari) [1]
Dan sebuah lagi hadis menunjukkan besarnya dosa lalu dihadapan orang solat :-
إذا صلى أحدكم إلى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ من الناس فَأَرَادَ أَحَدٌ أَنْ يَجْتَازَ بين يَدَيْهِ فَلْيَدْفَعْهُ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ فَإِنَّمَا هو شَيْطَانٌ
Ertinya : Apabila seorang kamu sedang solat dan mempunyai sutrah menghalangnya, dan jika tiba-tiba ada orang yang ingin mencerobohi hadapannya maka hendaklah ingin menegahnya, jika ia (yang ingin menyeberang) enggan berhenti, hendaklah kamu bersungguh menghalangnya kerana ia adalah Syaitan" ( Riwayat Al-Bukhari) [2]
Jelas dari dalil-dalil ini, sangat perlu untuk kita meletakkan sutrah (penghadang) agar tiada individu yang mendapat dosa kerana melalui di hadapan kita selain merosakkan solat kita. Selain itu, amat perlu juga kita menahan sekiranya terdapat individu ingin melintas sewaktu kita menunaikan solat.
Ada yang bertanya kepada saya, mengapakah dosa melintas ini kelihatan terlalu besar?. Jawabnya mudah.
Anggaplah apabila anda melintas di hadapan orang yang solat, individu tersebut telah menunjukkan kebiadapannya terhadap Allah s.w.t, tiada hormat kepada Allah yang sedang berhadap kepada orang yang solat. Keadaan ini jelas dari sabdaan baginda nabi s.a.w :-
فإذا صَلَّيْتُم فَلا تَلتَفِتُوا, فإنّ اللهَ يَنْصِبُ وَجْهُه لِوَجْهِ عَبْدِهِ فِيصَلاتِهِ مَا لمْ يَلتَفِتْ
Ertinya : "Apabila kamu solat, janganlahkamu menoleh (ke sana sini yakni tidak fokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajahNya ke wajah hambanya yang sedang bersolat selagi mana hambanya tidak menoleh ke lain" ( Al-Bukhari dan Abu Daud) [3]
Jelas, individu yang lalu TANPA HORMAT kepada Allah dan orang yang bersolat melintas.  Secara langsung juga, individu itu juga biadap kepada orang yang sedang solat.
Kesimpulannya, jauhilah sifat buruk dan dosa ini. Adapun ketika di Mekah yang terlalu ramai manusianya yang pelbagai ragam dan sikap, mungkin ada keringanan sedikit disebabkan keadaan yang tidak amat sukar dikawal, namun demikian saya yakin keadaan tersbeut boleh dikawal di Malaysia.  Jangan jadikan diri sebahgaian dari kumpulan biadap ini.
Sekian

Friday, 4 March 2011

~ rindu menyapa ~





بسم الله الرحمن الرحيم

Ku mulai tulisan tanganku ini dengan kalimah bismillahirrahmanirrahim..


Ya Allah,aku runsing. Bantulah diriku ini dengan Nur-Mu. aku berasa sungguh jauh denganMu ya Allah..jaaaaaaaauuuh sangat. apakah semua ini ya Allah??  sungguh..aku rindu akan belaian kasih sayangMu ya Allah.. tidak dinafikan lagi.sukar dan susah hendakku huraikan hancur luluh perasaan ini.ya Allah...sungguh..,aku benar-benar rindu akan hubbuMu..rindu untuk mengalirkan butiran bening dari mataKu khas buat al Khaliq.Susah untukku menghuraikan perasaan yang tidak dapat ku tulis itu.Ya Allah,bantulah diriku untuk mengapai secangkir kasihMu yang sungguh bernilai itu.


Ya Allah..,apa benar aku sedang berdiri di atas tangga kebahagian,keseronokan,kasih sayang
manusia??adakah aku bermimpi dan masih belum tersedar lagi ya Allah..
ya Allah,apa benar aku sedang menikmati nikmatMu??yaa.....ini adalah nikmatMu yang kau pinjamkan..

ya Allah,walaupun hidupku dipenuhi dengan kenikmatan..,aku merayu ya Allah...jangan kau biarkan mulutku ini terkunci untuk mengucap kalimah syukur padaMu..wahai tuhanku Allah,kejutkan lah hambamu ini dari mimpi keseronokan duniawi..ingatkan lah aku akan kebesaranMu...

ya Allah...,adakah diriku sedang didampingi kasih sayang manusia???yaa...
ya Allah..,waalaupun diriku ini sedang didampingi kasih sayang manusia..,aku masih belum pasti dan yakin adakah kasih sayangMu sudah ku dapatkan.??..ya Allah,walaupun aku sedang berhadapan dengan kasih manusia,tapi aku mahu biarlah kasih sayangMu itu aku utamakan...ya Allah,sememangnya hambaMu ini mendamba kasih dan cinta mu...


ya Allah..,
kurniakanlah bagiku cintaMu yang tidak dapat ku gambarkan
dan huraikan nikmatnya yang cukup indah dan bermakna itu..sesungguhnya aku merinduiMu..



Ya Allah..bantulah diriku untuk menjadi seorang manusia yang solehah di pandanganMu..
Ya Allah ya tuhanku..diluar sana pelbagai jenis dan ragam manusia sedang berlaku ya Allah..bagaimana harus ku hadapi mereka ya Allah....aku tidak kisah dengan apa yang mungkin mereka kata dan terbitkan dari hati mereka...dan tidak akan kisah dengan apa yang mereka pangkan dan pandangan mereka,,,.
Sesungguhnya,aku hanya kisahkan pandanganMu ya Allah..dan sesungguhnya aku tahu hanya Dzat-Mu yang dapat menilai amalan seseorang manusia itu...ya Allah..,aku mahu perbuatanku,..caraku..,gayaku..,hidupku diredhai olehMu dan pada pandanganMu  adalah mulia ..dan mendatang senyuman di bibir mulia kekasihMu rasulullah s.a.w..
           

     ...sesungguhnya itu yang aku cari dan harus cari dan terus mencari...




~ RiNdu ~
Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu




Rindu pada kedamaian

Rindu pada ketenangan

Rindukan kesejahteraan

Dan juga kebahagiaan




Orang-orang yang bertaqwa

Rindu akan kebenaran

Kejujuran dan keikhlasan

Keredhaan Tuhannya




Orang mukmin merindukan

Anak-anak yang soleh

Isteri-isteri solehah

Keluarga bahagia




Para pencinta kebenaran

Rindukan suasana

Masyarakat yang terjalin

Aman dan sejahtera




Merindukan tertegaknya

Kalimah Allah di muka bumi

Dan dalam merindukannya

Keampunan Tuhannya




Dan seluruh umat itu

Merindukan cahaya

Yang menyinari kehidupan

Rindu pada Tuhan